Wednesday, 22 March 2017

Kisah ku 4 : Sahabat Pena.
Di awal2 tahun 1970an rasanya memang menjadi trend pelajar2 sekolah mempunyai sahabat pena. Zaman ni rancangan Tv tak banyak dan kurang menarik. Yang menarik pun rasanya cerita Samurai dan filem Melayu. Majalah yang ada ialah Majalah Dewan, Dandy, Beano, Dian/ Mastika. Masa tu memang minat membaca buku Enid Blyton terutama the Malory Towers series, cerita mengenai pelajar2 perempuan disekolah berasrama. Ini menyebabkan saya berminat untuk mempunyai sahabat2 yang real di England dan negara Mat Salleh lain. Akhirnya pada tahun 1973 semasa di Tingkatan satu dapatlah berkenalan dengan Maureen Johnson dari Lake Distric England. Joy Cable dari Hamilton New Zealand, Nerissa dari Phillippines. Seon Hwan Oh dari Korea. Suka sangat2 bila dapat surat dari mereka. Waktu tu sambil menulis berlatih menggunakan Bahasa Inggeris dan saya dapat meningkatkan peguasaan Bahasa Inggeris kerananya selain minat membaca. Maureen walaupun kadang2 tidak bertegursapa selama satu atau dua tahun tapi masih lagi berhubungan sehingga kini. Kini melalui facebook. Joy, Nerissa dan Seon Hwan Oh terputus hubungan sejak habis SPM. Pada tahun 1984 melalui IPF saya mengenali Tineke, Nigel, Peter @ Syafiq, Marie dan beberapa orang  lagi. Tineke menjadi rakan baik sehingga kini. Nigel walau jarang2 berutus surat masih menjadi rakan sehingga dia meninggal tahun lepas. Marie pernah datang kerumah di Lenggong pada tahun 1988. Bersahabat on and off sehingga 1996. Lynn Hurton seorang guru di Lincoln England terputus hubungan 1996. Peter  tinggal di Melbourne, Australia telah memeluk Islam berkahwin dengan Firdausiah dari Melaka. .Masih menjadi friends di facebook. Peter Scudds dari Sydney terputus hubungan tahun 1992. Masa tu dia sedang berjinak dengan Islam, selalu mengunjungi Pusat Islam di Sydney. Moga2 telah menjadi saudara se Islam kita. Banyak yang saya pelajari dari interaksi dengan sahabat2 ini. Lebih mengenali pandangan orang luar terhadap kita dan menjadi duta kecil mengenalkan orang Melayu Islam.

No comments:

Post a Comment