Wednesday, 22 March 2017

Catatan Perjalanan 10: Umrah dan Ziarah. Bahagian 4.
14 Februari..Sebaik kami sampai di Amman dan  setelah mendaftar masuk di Hotel Queen Alia Gateway Hotel kami bersiap untuk melawat beberapa tempat menarik dibumi Anbia Jordan. Fahmi telah menyewa sebuah van. Bersamanya seorang rakan mahasiswa yang akan bertindak menjadi pemandu. Tempat pertama yang kami lawati ialah Maqam Nabi Syuib A'laihis Salam di Wadi Syu'ib- As Salt. Kawasan sekitar masjid dan maqam sangat tenang. Waktu tu suasana agak berkabus. Ia seperti kawasan perkampungan. Di tahun 1994 kawasan ini seperti tidak dikomersialkan sangat. Maqam besar dan panjang. Seterusnya kami ke maqam Nabi Yusak bin Nun. Kota Salt ni lebih kurang 25 km dari Amman.
    Lokasi lawatan seterusnya ialah Laut Mati, sebuah Tasik air masin yang 8 kali ganda lebih masin daripada laut biasa. Oleh itu tidak benda hidup binatang atau tumbuhan yang boleh hidup di dalamnya. Selain itu kita akan terapung secara semulajadi jika berenang dalam laut ini .Laut Mati ni bersempadan dengan Tanah Palestin yang dikuasai Israel oleh itu untuk sampai kesini kita terpaksa melalui beberapa pos tentera. Malah daratan Israel dapat dilihat diseberang Laut Mati. Laut Mati merupakan tapak yang pernah dihuni oleh kaum Nabi Luth a.s. Disinilah letaknya bandar Sodom dan Gomorah yang akhirnya akibat perbuatan mungkar kaum ni, Tanah ini diterbalikkan oleh Malaikat. Kami sebenarnya mencari lokasi yang kurang menjadi tumpuan pengunjung. Sempat mengambil satu batu dan sehingga kini masih ada dalam simpanan. Kami bertolak balik ke hotel untuk berbuka puasa. Waktu berbuka kalau tak silap lebih kurang 5.00 petang.
         Keesokan hari nya, 15 Februari kami melawat Wadi Musa dimana terdapat Ain Musa, mata air Musa. Kami juga berkesempatan mengunjungi Kubu Sallehuddin Al Ayubi di Karak. Kagum dengan kehebatan binaan kubu ni. Terbayang kehebatan tentera Islam pimpinan Panglima Sallehuddin berperang untuk merampas Baitul Maqdis. Semoga Al-Quds dapat dibebaskan kembali.
     Lokasi seterusnya Kota Purba Petra, salah satu dari 7 binaan ajaib di dunia. Kota yang pernah didiami oleh masyarakat Nabateans dan kaum Nabi Salleh a.s. sukar digambarkan dengan perkataan. Ianya perlu dilihat dan dialami sendiri. Dari tempat permulaan, pintu hadapan kita perlu berjalan 2.5 km untuk sampai ke kawasan tarikan utama. Kami menggunakan khidmat kereta kuda. Yang lelaki menunggang kuda. Merasa juga masuk kedalam sebuah rumah dalam gua yang masih berpenghuni. Keadaan dalam rumah agak nyaman berbanding keadaan luar. Kami juga meninjau  Alkhazneh, the treasury, tempat yang menjadi landmark Petra.
     Tempat terakhir ialah lokasi peperangan Mu'tah. Ada tugu dan maqam para Syuhada, Peperangan yang berlaku disini adalah antara tentera Islam seramai 3000 menentang tentera Rom Byzantine seramai 200000 orang. Tentera Islam akhirnya terpaksa berundur.
      Balik ke hotel dan bersiap untuk ke lapangan Terbang Queen Alia untuk penerbangan balik pada pukul 8.00 malam. Sesungguhnya perjalanan ke Tanah Suci dan Bumi Anbia tiada tandingan dengan percutian di tempat lain. Harapan semoga saya segera dijemput semula menjadi tetamu Allah.

No comments:

Post a Comment