Wednesday, 22 March 2017

Catatan Perjalanan 11. Bahagian 2 : Paris.
Bangun 4.30 pagi. Naik bas pukul 5.30 ke Rotterdam  Airport untuk flight pukul 8.10  dengan KLM City hopper ke Paris. Penerbangan mengambil masa 1 jam. Sampai de Charles De Gaulle Airport, kami menaiki underground train ke Le-Sampaix. Check in hotel dan mengambil peluang untuk berehat selama 3 jam sambil menyusun perancangan/itenarary. Kali ni bilik hotel telah ditempah awal oleh Tineke. Kami akan berada di sini selama 5 hari 4 malam. Saya tidak perlu membayar kos bilik hotel ni kerana Tineke menjadikannya sebagai hadiah harijadi. Thank you so much Tineke.
       Sebelah petang melawat Saint-Chapelle, gereja terbesar di Paris yang telah dibina pada tahun 1246. Yang paling menarik disini ialah the beatifully painted glass panels. Kemudian kami ke Notre Dame Cathedral yang dibina pada kurun ke 12 Ile de Cite dimana Paris diasaskan. Kami memanjat menara untuk melihat ' Bourdon loceng 16 ton yang dijaga oleh Quasimodo, the Hunchback. Dari atas menara dapat dilihat pemandangan Bandar. Ukiran berasaskan Gothic Art disini memang unik. Ini yang menjadikan Notre Dame ini sebagai tarikan utama Paris. Seterusnya kami berjalan melintasi Jardin des Tuileries atau Taman2 yang pokok dan bunga2an tersusun indah. Seterusnya ke Pampidou Centre yang diilhamkan oleh Presiden Pampidou dibina pada tahun 1972-1976, satu bangunan futuristik digunakan untuk kegiatan keseniaan dan kebudayaan.
     Sebenarnya bandar Paris ni terbahagi kepada 2 buah buah pulau yang berada ditengah2 sg. Seine. Lebihkurang macam Putrajaya. Sebab tu ada banyak jambatan. Antaranya Jambatan Pont Alexander yang menjadi ilham pembinaan Jambatan Seri Gemilang Putrajaya. Begitu juga Boulevard Champ Elysess yang menjadi ilham pembinaan Lebuh Perdana atau Putrajaya Boulevard. Namun Putrajaya telah dibentuk dengan acuan tersendiri.
     Seperti Bandar2 utama Eropah lain tidak sukar untuk bergerak kemana2 disini kerana sistem keretapi, tube metro dan intercity nya sangat efficient tapi pada masa tertentu agak sesak. Saya pernah terpisah daripada Tineke kerana pintu tertutup sebaik dia naik. Nasib kami dah bincang kemana nak pegi. Masa ni belum ada mobile phone. Lebih kurang 8 minit lepas tu satu keretapi lain dah muncul. Distesen yang dijanjikan Tineke ada menanti disitu.
         Destinasi seterusnya Montmarte. Disini ada banyak stalls yang menjual banyak souvenirs dan lukisan. Pelukis jalanan ramai di sini. Mereka menawarkan melukis potret kita dengan harga yang agak berpatutan. Duduk bersantai disini agak lama melihat view indah Bandar Paris dan bangunan Basilica of Sacre coeur yang berwarna putih konsep Byzantine. Polis Perancis berkelian mencari peniaga haram dari Afrika yang ramai disini. Dapat dilihat depan mata bagaimana penjaja ni segera mengemas barang dan lari apabila polis datang. Pernah juga berlaku satu insiden dalam tube, lupa stesen mana polis tidak benarkan penumpang keluar dari tube dan stesen unuk lebih kurang 10 minit kerana mereka sedang mengesan seseorang @ sesuatu.
          23 Mei 1995. 8.20 pagi. Menaiki Metro ke Place Charles de Gauille- Etoile untuk melawat Arch De Triomphe - tugu yang dibina pada tahun 1836 untuk meraikan kemenangan Napoleon kemudian berjalan sepanjang Champs-Elyssees yang famous dengan smart and luxury shops. Pandang dari luar je. Saya dan Tineke bukan kaki shopping. Lagipun takda duit pun. Kami singgah di Place de la Concorde satu dataran dimana pada 17 Januari 1793. King Louis XV dan isterinya Marie Antoinette telah di Guillotined. Disini juga terdapat tiang obeliks yang telah dibawa dari Tomb of Ramses II, Luxor berusia 3000 tahun. Didirikan semula disini tahun 1836.
          Pukul 1.30 p.m menaiki Batteaux Mouchs boat tour on River Seine. Tour berlangsung selama 1 jam 15 minit. Puas le juga melihat pemandangan Paris dari sungai. Yang paling menarik ialah jambatan2 seperti Bir-Hakiem, Pont Neuf, Pont Alexander yang menjadi ilham pembinaan Jambatan Gemilang Putrajaya. Seterusnya mrlawat hotel des Invalides, asalnya dibina menempatkan disabled soldiers kini menjadi Museum dan terdapat Tombs of Napoleon mengimbau kenangan belajar mengenai Napoleon disekolah dan universiti. Seterusnya kami melawat menara Eifel. Naik lif ke puncak menara untuk melihat pemandanga 360' Paris.

No comments:

Post a Comment