Catatan Perjalanan 10 :UMRAH DAN ZIARAH 1994.
Jam 12.10 a.m flight RJ189 baru saja terbang meninggalkan lapangan terbang subang. Emak, along, abang fakhri, mak cik, mak su, Pakcik Khai, Ruhayah dan saya antara penumpang yang berada dalam perut kapal terbang dan destinasi kami ialah Amman, Jordan. Bumi Malaysia akan kami tinggalkan buat sementara. Perjalanan kali ini jelas berbeza. Pertama saya bersama emak dan kaum keluarga. Kedua perjalanan ini untuk menjadi tetamu Allah dibumi penuh barakah. Sewaktu dalam penerbangan pun hati seolah-olah terasa sangat dekat dengan yang Maha Esa. Allah ya Allah, akhirnya impian mengunjungi rumah Mu hampir pasti tertunai .
Kami tiba di Amman keesokan harinya nya lebih kurang pukul 5.00 pagi waktu tempatan. Fahmi, sepupu yang sedang meyambung pengajian di Jordan telah sedia menunggu kami. Kami akan transit di Amman sehingga pukul 8.00 malam. Pagi tu setelah solat subuh dan sarapan di hotel, kami dibawa bersiar-siar di bandar Amman. Sebab musim sejuk belum berakhir suhu disekitar 5'C. Tempat pertama yang menjadi tumpuan kami ialah gua Ashabul khaffi atau caves of the seven sleepers. Gua ini terletak kira2 45 minit perjalanan dari bandar Amman. Dihadapan gua ada satu mataair. Cuba rasa dan basuh muka sikit dengan air tu. Dalam gua ada artifak tinggalan pemuda 2 khaffi ni termasuk tengkorak seekor anjing. Seusai disini kami dibawa melawat kampus universiti Amman. Tak boleh berada lama diluar suhu 5'C benar2 mencabar. Semua dah kesejukan. Fahmi membawa kami kerumah sewanya dan. Heater dipasang . Tambah lagi selimut tebal kami. berehat dan menunggu masa untuk ke lapangan terbang Queen Alia. Pukul 8.30 malam kami berlepas dengan penerbangan RJ700. Penerbangan dari Amman ke Jeddah ambil masa 2 jam je.Proses clearance passport Di lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah ni memang mencabar iman. Waktu kami sampai suasana agak sibuk. Ada barisan panjang untuk melepasi immigresen. Ada pula arahan tukar barisan dan sebagainya. Tak ingat jangka masa yang tepat diambil untuk ini tapi yang pastinya lama dan kami keletihan. Sehingga maksu tertidur sambil berdiri. Hal ini jadi modal untuk mengusik maksu.
No comments:
Post a Comment