Catatan Perjalanan 11: Kenangan Rotterdam, Paris, Sepanyol.
20 Mei 1995.
Dari Terminal 2, Subang airport, saya menaiki flight SQ119, Singapore Airlines akan berlepas pada jam 9.40 malam. Transit selama 1 jam 50 minit di Changi Airport. Terima kasih my lovely cousin Ruhayah Che Nik dan Rustam Iskandar yang hantar dan menunggu hingga saya dipanggil masuk. Flight ni singgah di Zurich Airport selama 1 jam. Sampai di Amsterdam , Schiphol Airport pukul 9.20 pagi, waktu tempatan . Cuaca agak sejuk suhu 9'C.
Sewaktu keluar dari Balai Ketibaan, saya mencari Tineke kerana menjangkakan dia akan menjemput saya disitu. Zaman tu masih belum ada mobile phone jadi sukar untuk berhubung. Setelah menunggu selama 40 minit saya mengambil keputusan untuk menaiki keretapi Intercity ke Rotterdam Central. Di Belanda waktu tu ada 4 jenis public Transport utama Keretapi Ekspress Intercity. Metro line macam LRT di KL, Bas dan Tram. Saya tak pernah naik teksi di Belanda. Dalam keretapi ada seorang lelaki dari Surinam, Afrika yang bekerja di Rotterdam menegur saya kerana ingin tahu saya datang dari mana. Rasanya dia beragama Islam.
Sebaik sampai di Stesen Keretapi Rotterdam Central saya lega melihat kelibat Tineke dan ibunya. Mereka telah menunggu hampir sejam. Sebenarnya Tineke telah menghantar mesej mengatakan dia akan menunggu di Rotterdam dan bukan di Amsterdam. Tapi poskad mengandungi mesej tersebut sampai sehari selepas saya berlepas.
Pada pukul 4.00 petang setelah berehat selama 3 jam, Tineke membawa saya sekitar Ridderkerk mengimbau kenangan lawatan kesini 3 tahun lalu. Kali ni saya dapat melihat dan memahami dyke tapi tertanya2 pula bagaimana boleh berlaku cerita seorang kanak2 lelaki yang menyelamatkan sebuah bandar di Belanda dengan hanya menggunakan jari. Kerana disini Dyke ialah satu tembok tanah yang lebar sehingga boleh dibina jalanraya diatasnya. Dapat melawat sebuah rumah ladang dan melihat proses memerah susu lembu. Pemandangan sangat permai dengan bunga berwarna warni.
Jam 6.00 petang kerumah ibu Tineke untuk mskan malam. Hadir sama Jan Baars, abang Tineke. Ibu saudara dan sepupu Tineke juga datang sebentar sambil dalam perjalanan ke Bandar. Seperti 3 tahun lepas ibu Yineke memasak vegetarian dinner untuk saya.selain salad dan buah-buahan.
No comments:
Post a Comment