Catatan perjalanan 10: UMRAH Dan ZIARAH 1994.. bahagian 2.
(Nota: segala tulisan mengenai perjalanan Umrah dan Ziarah ni langsung dari memori dengan hanya bantuan album gambar. Kemungkinan ada kesilapan fakta contohnya kronologi kejadian atau jangkamasa. Mohon jika berlaku kesilapan...along Hamzah Zain dan Ruhayah Che Nik mungkin boleh bantu buat pembetulan jika berlaku kesilapan atau tambahan nota kiranya kurang jelas)
Dari Jeddah kami menaiki jeep/mpv ke Makkah. Niat ihram telah dibuat dalam penerbangan rasanya sejurus sebelum pendaratan di Jeddah. Kami bertemu dengan Haji Mat sepupu abang Taib Azamuddin, pemastautin tetap di Mekah yang telah membantu mencarikan apartment untuk disewa sepanjang kami di Mekah. Pagi tu kami terus ke Masjidil haram untuk mengerjakan tawaf. Waktu tu rasa berdebar2 juga untuk melihat Kaabah didepan mata buat kali pertama. Arwah Pakcik Khai menjadi prmbimbing kami. Sebaik masuk ke Masjidil Haram dan pakcik Khai menunjukkan arah kaabah. Saya terpegun dan tanpa disedari mengalirkan air mata. Perasaan ini sukar untuk digambarkan dengan perasaan. Saya tak ingat samada kami mengerjakan tahiyatul masjid waktu itu atau terus bertawaf. Yang pasti kami menyelesaikan umrah 1 pagi tu, tawaf , saie dan seterusnya bertahalul. Kemudian kami sekali lagi tawaf sunat sebab nak cuba dekati Hajar Aswad. Jemaah waktu tu tidak terlalu ramai. Dengan izin Allah saya berjaya untuk mengucup Hajar Aswad kali pertama dan terakhir sepanjang umrah. Syukur Alhamdulillah. Juga dapat solat sunat dalam kawasan Hijir Ismael. Waktu tawaf masa terasa sangat singkat kerana pusingan agak kecil. Walaupun ada Buku panduan umrah dan haji ditangan saya ia tidak dapat membantu untuk menyempurnakan doa untuk setiap pusingan dalam Bahasa Arab. Akhirnya ambil keputusan membaca doa dalam Bahasa Melayu. Tengahari tu kami ke Miqat Tana'im untuk berniat ihram umrah 2. Perjalanan dengan bas ambil masa lebih kurang 30 minit kot. Waktu tu tahun 1994 stesen bas ni tak jauh dari Masjidil Haram. Sebab tu sewaktu di Mekah kita boleh mengerjakan 2 hingga 3 kali sehari.Katanya sekarang ni stesen bas tu dah takada. Begitu juga dengan bangunan apartment yang kami sewa yang terletak hanya 5 minit perjalanan ke Masjidil Haram melintasi satu pasar basah kecil tempat mendapatkan sayur dan lain2 untuk memasak. Ada stall kecil menjual roti, ayam golek, ice-cream disepanjang jalan tak jauh dari masjid.
Keesokan hari nya sebelum ke Tana'im kami ke Tanah Perkuburan Baqi' dengan menaiki bas. Wanita tidak dibenarkan masuk. Jadi kami melihat dari jalanraya.
Hari ke3: Kami ke Padang Arafah, dan menaiki Jabal Rahmah. Mengambil kesempatan solat sunat disini kerana kawasan agak lengang. Waktu ni padang Arafah telah dipenuhi pokok menghijau sedangkan dulu mengikut kata emak semasa dia datang untuk mengerjakan haji tahun 1982 padang pasir kosong tanpa pokok. Kami juga meninjau Jabal Thur dimana terletaknya gua Thur tempat dimana Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar rh bersembunyi dalam peristiwa Hijrah. Ia menyedarkan kita betapa sukarnya perjalanan Rasulullah SAW menghadapi perjalanan jauh mendaki dan menuruni bukit dalam keadaan gelap.
Hari ke 4 di Mekah, setelah mengerjakan Ibadah Umrah, kami ke Jabal Nur.Tujuan utama mendaki dan solat sunat dalam Gua Hira' di mana Rasulullah SAW menerima wahyu pertama. Pendakian mengambil masa lebih kurang 40 minit. Di kiri kanan laluan selang beberapa meter satu lokasi ada pengemis dengan anak2 kecil.comel2. Rasa macam nak bawa balik. Mereka ni Kurdish kot. Perjalanan ini sangat bermakna menyelusuri laluan yang Rasulullah gunakan untuk turun naik ke Jabal Nur untuk bertahanuth. Sesampai dipuncak Jabal Nur kita perlu turun sedikit dilereng yang agak curam dan mencelah masuk melalui laluan sempit yang hanya boleh dilalui oleh hanya seorang pada satu2 masa. Waktu kami sampai ada beberapa jemaah lain termasuk sepasang suami isteri dari maghribi yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Sempat jugalah menunaikan solat sunat disitu.
No comments:
Post a Comment