Wednesday, 22 March 2017

Catatan Perjalanan 11: Bahagian 3 : Paris..day 3, 4,5.
24 Mei 1995. Hari ni kami akan menghabiskan masa satu hari berseronok di Disney Euro @ Disneyland Paris. Walaupun sebenarnya dah melepasi masa kanak2 @remaja hampir 20 tahun tapi hati ini sukar untuk mengelakkan diri daripada terujamerasa pengalaman menaiki rollercoaster atau melihat character2 Disney, cerita2 fairy tale seperti Cinderella atau cerita klasik , Huckleberry Finn atau filem Psycho and Lady in White, Pirates of the Carribean, Indiana Jones dan lain-lain. Kami sampai awal 8.30 pagi, setengah jam sebelum gate dibuka. Waktu tu dah ramai pengunjung berada didepan gate bersedia untuk menyerbu tempat tumpuan utama. Tineke pernah datang ke sini dua tahun sebelum  (1993) jadi dia mencadangkan beberapa tempat yang kami akan tuju dulu untuk memastikan tidak terlepas ride2 yang menarik kerana menurutnya que untuk satu2 ride utama mengambil masa melebihi 40 minit kadang2 menjangkau sehingga 1 jam. Memang benar seperti dikata.
      Tempat pertama yang kami tuju ialah Frontierland dan ride pertama Phantom Manor, rumah hantu yang dibina menyerupai rumah dalam filem Psycho siap dengan sebatang pokok mati yang kelihatan sangat menyeramkan. Menaiki coach2 keretapi kecil, 2 orang satu coach ada kejutan seperti gargoys mendarat atas bumbung dengan sound effect menyeramkan. Melintasi satu scene dari cerita Lady in White. Ada kejutan dan scene lain tapi dah pudar dari memori. Kami kemudiaannya menuju ke  Adventureland, menaiki ride Le Temple du Peril, scene seperti dalam filem Indiana Jones. Roller Coaster berpusing 360' sewaktu berada dalam terowong lombong arang batu dalam gunung dan lintasan tapak archeologi.
       Dari sini ke satu lagi tarikan di Disneyland iaitu Pirates of the Carribean, bersedia untuk basah sedikit je percikan air. Kemudian untuk bersantai sambil mengenang zaman kanak2 kami ke It's a Small World. Setelah itu ke Future World dimana ada 3d show. Dr. Oz lakonan Michael Jackson.
Hari 4 : 25 Mei 1995. Kami ke Versailles, juga satu one day trip. Versailles terletak 23km dari city centre. Kena jalan sikit dari stesen keretapi lebih kurang 500m kot. Nasib kurang baik hujan renyai2 mahu tak mahu beli le satu baju hujan Ponco bertulis Paris so jadi souvenir ok le jugak. Walaubagaimanapun hujan berhenti sebaik sampai ke Chateau de Versaillers dibina oleh King Louis XIV. Diistana inilah akhirnya King Louis dan isterinya Marie Antoinette ditangkap dan diheret balik ke Paris oleh perusuh semasa Revolusi Perancis. Tourist Guide membawa kita melawat  ke kawasan kediaman/ Bilik 2 di Raja. Sangat mewah. Tak hairan lah bila rakyat yang kelaparan bangun memberontak. Taman Istana ni juga sangat luas dan keindahan sukar digambarkan dengan kata2.
   Hari 5: 26 Mei 1995. Hari ni kami menghabiskan masa di the Louve. Sebelum tu check out dari hotel sebab akan berlepas ke Madrid, Sepanyol dengan keretapi malam. Tinggalkan bagasi di Stesen keretapi dan kemudian ke the Louvre, Museum terbesar di dunia masa tu tak pasti samada masih memegang rekod ni. Bangunan ni asalnya sebuah istana kurun ke 13. Sebaik saja masuk kelihatan pengunjung2 bergerak mengikut signposts ke 2 tarikan utama iaitu Venus de Milo dan Mona Lisa. Setelah jumpa dua karya ni baru bersantai melihat karya2 lain. Dalam galeri2 tersebut terlihat juga pelukis2 sedang melukis semula replika lukisan2 yang terkenal dan dianggap mengkagumkan.....

No comments:

Post a Comment