Catatan Perjalanan 11: Bahagian 5: Salamanca..
30.5.1995. Sampai di Salamanca tengahari. Check-in hotel kemudian berjalan sekitar Kota Salamanca sambil membiasakan diri dengan peta. Salamanca merupakan sebuah tapak Warisan Dunia. Ada banyak bangunan2 bersejarah yang unik gaya Gothic, Renaisans dan Baroque. Ada tinggalan Roman jugak. Tempat pertama yang kami lawati ialah University of Salamanca, universiti tertua di Sepanyol didirikan pada tahun 1218. Waktu kami sampai disitu rasanya cuti semester kot. Tak nampak kelibat pelajar. Kawasan yang dilawati merupakan kawasan yang kini tidak digunakan lagi untuk kuliah merupakan sebahagian dari Muzeum. Dewan kuliah kecil tapi kelihatan tegap. Perabot dan silingnya diperbuat daripada kayu. Ada ukiran menarik. Begitu juga pada staircase. Duduk di bangku pelajar dapat bayangkan bagaimana pelajar2 kurun ke 13 menerima kuliah. Seterusnya kami meninjau Roman Bridge yang melintasi Rio/Sungai Tormes. Berhampiran bridge ni ada satu poppy field. Yang pertama pernah dilihat depan mata, cantiknya. Masa zaman sekolah baca poems mengenai daisies, daffodils dan poppys. Kami boleh duduk berjam2 disini menyedut udara bersih dan melihat pandangan indah. Disini juga ada banyak pokok lavendar.
31.5.1995... Kami melawat Casa de Las conchas, dibina tahun 1493. Satu bangunan unik, gothic style dengan ada lebih daripada 300 kulit kerang di dinding. Ada library disini. Seterusnya kami ke Plaza Mayor yang sangat hidup dengan pelbagai aktiviti, cafes. Sama seperti di Madrid, Plaza Mayor ni menjadi tempat bersantai utama. Pada waktu malam kawasan diterangi dengan cahaya lampu. Plaza ini sebenarnya mempunyai fungsi yang pelbagai pada masa awal dibina pada tahun 1729. Ia menjadi tempat laga lembu, tempat pertemuan, ada pertunjukan seniman jalanan , band performance dll.
No comments:
Post a Comment