Catatan Perjalanan 11: Bahagian 4 Sepanyol- Madrid
26.5.1995. Menaiki keretapi malam TGV paris- Madrid de Charles de Gulle station. Dalam satu cubicle/ bilik ada 4 tempat tidur. Selain saya dan Tineke, ada seorang pelancong dari Amerika yang agak peramah. Tapi sepanjang perjalanan waktu malam so apa yang boleh dibuat membaca dan tidur je lah. Dalam bilik ada wash basin untuk membasuh muka, untuk ke tandas kena jalan sikit kehujung coach. Sampai awal pagi 27.5.1995. Kami terus mencari kaunter untuk tempahan bilik hotel. Dapat sebuah hotel yang agak selesa berada di Puerta del Sol. Tempat ni tak jauh dari beberapa tempat tarikan Pelancong seperti Plaza Mayor dan Retero Park. Berehat sebentar kemudian kami keluar untuk bersiar-siar melihat Bandaraya Madrid yang mempunyai populasi 3.2 juta kelihatan agak tenang, dan ada banyak taman-taman untuk bersantai. Rasanya tidak sukar untuk bergerak kemana2 menggunakan peta. Untuk sesiapa yang minat shopping barangan kulit, handbag dan kasut pasti gembira berada disini, Perkataan Zapatos...kasut berada disetiap penjuru. Banyaknya kedai kasut.
Tengahari.. kami ke Palacio Real (Royal Palace). Nasib tak baik, Istana ditutup, tak boleh masuk. Kami seterusnya ke the Prado. Ada beberapa bahagian menempatkan karya2 pelukis terkenal seperti Goya, El Greco, Velazquez. Sewaktu sedang makan tengahari di Restoran disini dan melihat saya meneliti menu untuk mencari makanan 'halal', waiter memperkenalkan diri sebagai seorang Muslim dari Maghribi. Namanya saya lupa. Tapi dia menyebut 'You know King Hassan, Morocco' .Dia sangat bangga dengan Rajanya. Kami seterusnya ke Retiro Park yang terletak tidak jauh dari Museum Prado. Ada seakan 2 'uptown' kecil. Saya tertarik dan akhirnya membeli sehelai skirt labuh. Waktu malam kami ke Plaza Mayor bersantai menonton pemuzik jalanan.
28.5.1995. Pagi ni menaiki bas ke satu Theme Park. Tak ingat nama theme Park. Yang pasti ada satu roller coaster besar dan satu Ferris wheel yang sangat besar dan tinggi, boleh nampak pemandangan separuh Bandar Madrid. Kami juga menjengok Plaza De Espana. Ada monumen Cervantes dengan watak ciptaannya Don Quixote.
Malam, kami booking satu tour menonton tarian tradisional terutama Tarian Flamenco. Kami dibawa dengan bas mengelilingi Bandaraya, melintasi Stadium Real Madrid dan akhirnya ke kelab Florida Park. Muzik dan Tarian Flamenco sangat menarik, seakan2 muzik Arab.
29.5.1995....Day trip ke Toledo. Ada kesan tinggalan pemerintahan Islam. Malangnya sekali lagi kami gagal untuk masuk melihat sebuah gereja yang bertukar fungsi beberapa kali. Dari gereja ke Masjid tukar jadi gereja semula. Disini juga ada aktiviti senikraf terutama the Damascus gold jewellery. Sempat juga capai satu urat rantai tangan.
Di Madrid ni kami menyaksikan dua kejadian mencuri/ meragut/pencopet. Kejadian pertama dalam keretapi. Mangsa satu keluarga pelancong dari Amerika. Mereka berdiri hampir dengan pintu masuk. Sewaktu keretapi menghampiri stesen tiba2 seorang lelaki menjatuhkan dua keping duit siling. Lelaki Amerika membongkok untuk mengambil wang siling. Waktu sama pintu terbuka. Tiba2 lelaki Amerika itu menyatakan walletnya telah dicuri. Pintu keretapi telah tertutup dan dua lelaki telah menghilangkan diri.
Kes 2 di Retiro Park. Saya dan Tineke sedang duduk di satu bangku. Tiba2 ternampak seorang lelaki membongkok dan tiba2 ada handbag wanita ditangannya yang segera disembunyikan dalam jaket. Lelaki tu dan temannya bergerak melintasi tempat kami duduk. Tineke segera membangunkan dua perempuan yang sedang tidur sementara saya memerhati pergerakan dua lelaki tersebut yang segera ke jalan keluar dari taman. Apa yang dapat dibuat repot polis jelah.
30.5.1995... Kami tinggalkan Madrid pagi ni menaiki keretapi ke salamanca, satu lagi Bandar lama.
No comments:
Post a Comment