Wednesday, 22 March 2017

Catatan Perjalanan 11: Bahagian 6 : Granada, Sepanyol.
31.5.1995..Kami menaiki keretapi malam dari Salamanca ke Granada. Granada terletak diWilayah Andalusia di Selatan Sepanyol, oleh itu perjalanan dengan keretapi mengambil masa yang agak panjang, 8 jam. Seakan-akan perjalanan Ekspress Rakyat, Kuala Lumpur - Butterworth. Saya memang sangat teruja untuk melawat Granada. Nostalgia belajar Sejarah Kerajaan Umaiyah Sepanyol untuk STPM. dan melihat gambar Al-Hambra dalam buku teks Sejarah. Pemandangan cantik ladang atau meadows diluar jendela masih boleh dilihat diawal perjalanan. Saya akhirnya mengambil peluang berehat dan sedar pada jam 6 pagi sewaktu keretapi telah mula menghampiri stesyen keretapi Granada. Seperti biasa kami mencari kaunter untuk menempah bilik hotel. Dah lupa nama hotel dan kawasannya. Tapi ia terletak tak jauh dari kawasan yang menjadi tarikan pelancong dan kami biasanya akan melintasi kawasan sungai kecil dengan tembok atau jambatan lama. Tengahari kami mencari tempat untuk lunch sambil tu ke Tourist office untuk mendapatkan info tempat2 menarik di Granada. Tourist office ni terletak disatu bangunan lama dikenali sebagai The old Arab House yang dibina pada abad ke 10. Kami akhirnya lunch disatu cafe mengadap satu dataran yang suasananya seakan2 kita berada di negara Arab dengan pokok2 khurma tapi saya tak ingat nama dataran ini. Granada ni keadaannya agak tenang dan aman. Kami juga tak berkejar-kejar nak kemana2 kerana tujuan utama untuk ke Alhambra. Sepatutnya kena cuba ke Cordova dan Seville. Masa agak banyak terbuang di Granada.
       2.6.1995...Sekali lagi kami hanya bersiar2 sekitar kota Granada berlegar2 disekitar tempat yang disebut sebagai Artesan Street. Ada ramai penghibur jalanan. Kalau nak shopping cenderamata. Banyak kat sini. Saya beli satu tablecloth kait. Kami juga membeli beberapa keping poskad. Tineke dan saya memang suka menulis poskad apabila travel mana2. Satu cara mendokumentasikan perjalanan/ peristiwa. Ada cop tarikh dan tempat lagi. Tapi masalah di Granada ni nak cari post office. Orang Sepanyol tak ramai boleh berbahasa Inggeris. Ada yang guna sign language. Kami berjumpa dengan seorang datok dan cucunya. Datok tu beria2 offer supaya cucu dia boleh jadi tourist guide untuk kami. Sedangkan mereka langsung tak boleh berbahasa Inggeris. Di tolak dengan baik.
       3.6.1995. Hari ni pagi2 lagi kami menaiki teksi untuk ke Bukit La Sabica untuk melawat  AlHambra. Alhambra merupakan sebuah kompleks istana. Kubu pertahanan Dinasti nasrid. Senibina Arab, Moorish, Hispanis dari abad ke 9-14. Memang ada rasa sebak apabila melihat sisa2 tinggalan sebuah kerajaan Agung yang menjangkau 700 tahun. Sedih mengenangkan bagaimana Dinasti hebat ini boleh jatuh. Yang pasti Sultan2 di Zaman kejatuhan telah terlalu terpesona dengan kemewahan keduniaan dan bercakaran sesama sendiri. Alhambra juga merupakan satu tapak warisan dunia UNESCO. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian : Istana- The Mexuar and Golden Room, Colmares Palace, Barca Room, the Lions Palace. Tamannya juga terdiri daripada beberapa bahagian. Taman ni mewakili perasaan rindu pada syurga dengan komponen utamanya air. Air sebagai sumber kehidupan, penyucian dan kesinambungan kehidupan.
     Tengahari kami ke Bukit Albaicin. Dari sini dapat dilihat pandangan indah Kota Granada dan Alhambra yang tersergam indah. Bukit ini merupakan kubu terakhir orang2 Islam. Rumah2 disini kelihatan unik dengan balkoni yang dihias indah dengan bunga2. Dipintu2 rumah2 disini masih boleh dilihat ayat2 alquran.  Jalan2 disini sempit dan berliku2. Saya sempat melihat satu site dimana sebuah masjid besar akan dibina. Kini rasanya masjid tu dah pasti telah siap dibina .
           Malam 3.5.1995 kami kestesyen keretapi  Avenida de Andaluces menaiki keretapi RENFE menuju Barcelona. Perjalanan mengambil masa sekitar 8 jam. Dekorasi dinding dalam stesyen keretapi juga mengambarkan tinggalan Islam... hiasan mozek dengan corak geometri...Selamat Tinggal Granada ...Saya pasti akan datang lagi..
.bila?.....em..............

No comments:

Post a Comment