Wednesday, 22 March 2017

Catatan Perjalanan 10 : UMRAH DAN ZIARAH - Bahagian 3.
Seperti jemaah Umrah lain kami juga tidak melepaskan peluang melakukan ziarah ke bumi Madinah. Ulama bersepakat menyatakan bahawa menziarahi Maqam Baginda Rasulullah SAW adalah sebesar2 usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik2 ketaatan. Perjalanan ke Madinah bermula selepas solat Isyak. Perjalanan mengambil masa 4 jam. Kami sampai ke bilik sewaan tak jauh dari Masjid Nabawi beberapa jam sebelum subuh. Berehat sebentar kemudian ke masjid Nabawi untuk solat subuh. Kemudian kami menunggu masa untuk kawasan raudhah dan maqam dibuka untuk dilawati. Apabila dibuka masih perlu beberapa peringkat kawasan tempat penantian sehingga akhirnya tiba kekawasan Maqam Rasulullah SAW. Waktu itu berlaku tolak menolak. Yang pasti tiba2 saya telah berada didepan Maqam Baginda Rasulullah. Waktu itu air mata kesyukuran dapat menjadi tamu disitu tumpah. Seterusnya mengucap salam kepada Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a. Saya tak berapa ingat apa yang saya ucapkan kerana terasa seolah-olah bermimpi. Kemudian berpeluang solat sunat di kawasan yang dikatakan sebagai beranda rumah Saidatina Aishah r.a. dan di Raudhah. Setelah solat zohor acara lawatan ke sekitar Madinah bermula. Kami melawat Masjid tujuh dan kemudian ke Jabal Uhud menziarahi Maqam para Syuhada Uhud. Kami juga melawat dan solat sunat di masjid Qiblatain dan Masjid Quba'. Malam tu selepas Isyak kami bertolak balik ke Kota Mekah. Keletihan menyebabkan saya tertidur sebaik saja MPV bergerak meninggalkan kota Makkah. Tiba-tiba  terasa seperti kenderaan terhoyong-hayang sebaik terjaga van telah pun berada di seberang jalan menghala balik ke Madinah berhenti dibahu jalan. Rupa2nya tayar van kami pancit dan kerana van sedang bergerak dengan laju menyebabkan ia sukar dikawal. Nasib baik waktu tu tiada kenderaan lain. Setelah van terhenti barulah muncul sebuah kenderaan berat melintasi kenderaan kami dengan laju. Alhamdulillah kami selamat. Selepas itu memang sukar melelapkan mata. Kami akhirnya singgah di Bir Ali untuk berniat ihram dan sesampai di Kota Mekah menunaikan satu lagi Umrah.Malam besoknya kami dijemput Haji Mat kerumahnya untuk satu khenduri doa selamat menyambut kedatangan Bulan Ramadhan AlMubarak. Disitu bertemu saudara mara jauh yang telah menetap di Mekah. Ada generasi kedua dalam kalangan mereka yang dah kurang fasih berbahasa Melayu. Makanan dihidangkan dalam talam. Waktu jamuan tetamu perempuan dan lekaki berada dalam ruang yang berbeza. Kami sempat berpuasa dan menunaikan solat Tarawikh selama 3 malam di Masjidil Haram. Betapa indahnya berpuasa di bumi Mekah. Semoga dikurniakan Allah untuk hadir kesini lagi di bulan Ramadhan. Makanan memang banyak, hanya bukan mengikut selera kita. Minuman, yogurt, khurma termasuk yang fresh sentiasa dihulurkan sambil disebut perkataan sabil sepanjang laluan ke Masjidil Haram. Ada hidangan untuk berbuka di dataran diluar Masjidil Haram. Ada juga yang menghulurkan wang. Hari tu seorang Sheikh menghulurkan saudi Riyal 50 sambil berlalu melintasi kami. Nasi Arab daging unta sentiasa diagihkan dari sebuah trak membawa makanan. Pada tahun 1994 belum lagi ada smart phone. Kamera pula tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam Masjid. Sebab takada gambar Masjidil Haram. Malah untuk mengambil gambar Masjidil Haram dari luar pun saya rasa tak senang bila ada larangan mengambil gambar.
13 Februari 1994.. kami mengucapkan Selamat Tinggal dengan mengerjakan Tawaf wida' dan berdoa agar kami dijemput lagi kesini. Setelah check in  hotel di Jeddah kami menaiki telsi untuk bersiar2 sekitar Bandar Jeddah. Hasrat untuk menziarahi Maqam Siti Hawa tidak kesampaian kerana gate berkunci. Kami kemudiaanya ke tepi Laut Merah. Shopping ala kadar. Saya memang nak cari satu hand luggage. Malam tu berbuka puasa di foodcourt. Dan besoknya pada pukul 6.00 pagi kami ke Airport. Flight 8.00 pagi ke Amman Jordan.

No comments:

Post a Comment