Catatan Perjalanan 10: Umrah dan Ziarah. Bahagian 4.
14 Februari..Sebaik kami sampai di Amman dan setelah mendaftar masuk di Hotel Queen Alia Gateway Hotel kami bersiap untuk melawat beberapa tempat menarik dibumi Anbia Jordan. Fahmi telah menyewa sebuah van. Bersamanya seorang rakan mahasiswa yang akan bertindak menjadi pemandu. Tempat pertama yang kami lawati ialah Maqam Nabi Syuib A'laihis Salam di Wadi Syu'ib- As Salt. Kawasan sekitar masjid dan maqam sangat tenang. Waktu tu suasana agak berkabus. Ia seperti kawasan perkampungan. Di tahun 1994 kawasan ini seperti tidak dikomersialkan sangat. Maqam besar dan panjang. Seterusnya kami ke maqam Nabi Yusak bin Nun. Kota Salt ni lebih kurang 25 km dari Amman.
Lokasi lawatan seterusnya ialah Laut Mati, sebuah Tasik air masin yang 8 kali ganda lebih masin daripada laut biasa. Oleh itu tidak benda hidup binatang atau tumbuhan yang boleh hidup di dalamnya. Selain itu kita akan terapung secara semulajadi jika berenang dalam laut ini .Laut Mati ni bersempadan dengan Tanah Palestin yang dikuasai Israel oleh itu untuk sampai kesini kita terpaksa melalui beberapa pos tentera. Malah daratan Israel dapat dilihat diseberang Laut Mati. Laut Mati merupakan tapak yang pernah dihuni oleh kaum Nabi Luth a.s. Disinilah letaknya bandar Sodom dan Gomorah yang akhirnya akibat perbuatan mungkar kaum ni, Tanah ini diterbalikkan oleh Malaikat. Kami sebenarnya mencari lokasi yang kurang menjadi tumpuan pengunjung. Sempat mengambil satu batu dan sehingga kini masih ada dalam simpanan. Kami bertolak balik ke hotel untuk berbuka puasa. Waktu berbuka kalau tak silap lebih kurang 5.00 petang.
Keesokan hari nya, 15 Februari kami melawat Wadi Musa dimana terdapat Ain Musa, mata air Musa. Kami juga berkesempatan mengunjungi Kubu Sallehuddin Al Ayubi di Karak. Kagum dengan kehebatan binaan kubu ni. Terbayang kehebatan tentera Islam pimpinan Panglima Sallehuddin berperang untuk merampas Baitul Maqdis. Semoga Al-Quds dapat dibebaskan kembali.
Lokasi seterusnya Kota Purba Petra, salah satu dari 7 binaan ajaib di dunia. Kota yang pernah didiami oleh masyarakat Nabateans dan kaum Nabi Salleh a.s. sukar digambarkan dengan perkataan. Ianya perlu dilihat dan dialami sendiri. Dari tempat permulaan, pintu hadapan kita perlu berjalan 2.5 km untuk sampai ke kawasan tarikan utama. Kami menggunakan khidmat kereta kuda. Yang lelaki menunggang kuda. Merasa juga masuk kedalam sebuah rumah dalam gua yang masih berpenghuni. Keadaan dalam rumah agak nyaman berbanding keadaan luar. Kami juga meninjau Alkhazneh, the treasury, tempat yang menjadi landmark Petra.
Tempat terakhir ialah lokasi peperangan Mu'tah. Ada tugu dan maqam para Syuhada, Peperangan yang berlaku disini adalah antara tentera Islam seramai 3000 menentang tentera Rom Byzantine seramai 200000 orang. Tentera Islam akhirnya terpaksa berundur.
Balik ke hotel dan bersiap untuk ke lapangan Terbang Queen Alia untuk penerbangan balik pada pukul 8.00 malam. Sesungguhnya perjalanan ke Tanah Suci dan Bumi Anbia tiada tandingan dengan percutian di tempat lain. Harapan semoga saya segera dijemput semula menjadi tetamu Allah.
Wednesday, 22 March 2017
Catatan Perjalanan 10 : UMRAH DAN ZIARAH - Bahagian 3.
Seperti jemaah Umrah lain kami juga tidak melepaskan peluang melakukan ziarah ke bumi Madinah. Ulama bersepakat menyatakan bahawa menziarahi Maqam Baginda Rasulullah SAW adalah sebesar2 usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik2 ketaatan. Perjalanan ke Madinah bermula selepas solat Isyak. Perjalanan mengambil masa 4 jam. Kami sampai ke bilik sewaan tak jauh dari Masjid Nabawi beberapa jam sebelum subuh. Berehat sebentar kemudian ke masjid Nabawi untuk solat subuh. Kemudian kami menunggu masa untuk kawasan raudhah dan maqam dibuka untuk dilawati. Apabila dibuka masih perlu beberapa peringkat kawasan tempat penantian sehingga akhirnya tiba kekawasan Maqam Rasulullah SAW. Waktu itu berlaku tolak menolak. Yang pasti tiba2 saya telah berada didepan Maqam Baginda Rasulullah. Waktu itu air mata kesyukuran dapat menjadi tamu disitu tumpah. Seterusnya mengucap salam kepada Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a. Saya tak berapa ingat apa yang saya ucapkan kerana terasa seolah-olah bermimpi. Kemudian berpeluang solat sunat di kawasan yang dikatakan sebagai beranda rumah Saidatina Aishah r.a. dan di Raudhah. Setelah solat zohor acara lawatan ke sekitar Madinah bermula. Kami melawat Masjid tujuh dan kemudian ke Jabal Uhud menziarahi Maqam para Syuhada Uhud. Kami juga melawat dan solat sunat di masjid Qiblatain dan Masjid Quba'. Malam tu selepas Isyak kami bertolak balik ke Kota Mekah. Keletihan menyebabkan saya tertidur sebaik saja MPV bergerak meninggalkan kota Makkah. Tiba-tiba terasa seperti kenderaan terhoyong-hayang sebaik terjaga van telah pun berada di seberang jalan menghala balik ke Madinah berhenti dibahu jalan. Rupa2nya tayar van kami pancit dan kerana van sedang bergerak dengan laju menyebabkan ia sukar dikawal. Nasib baik waktu tu tiada kenderaan lain. Setelah van terhenti barulah muncul sebuah kenderaan berat melintasi kenderaan kami dengan laju. Alhamdulillah kami selamat. Selepas itu memang sukar melelapkan mata. Kami akhirnya singgah di Bir Ali untuk berniat ihram dan sesampai di Kota Mekah menunaikan satu lagi Umrah.Malam besoknya kami dijemput Haji Mat kerumahnya untuk satu khenduri doa selamat menyambut kedatangan Bulan Ramadhan AlMubarak. Disitu bertemu saudara mara jauh yang telah menetap di Mekah. Ada generasi kedua dalam kalangan mereka yang dah kurang fasih berbahasa Melayu. Makanan dihidangkan dalam talam. Waktu jamuan tetamu perempuan dan lekaki berada dalam ruang yang berbeza. Kami sempat berpuasa dan menunaikan solat Tarawikh selama 3 malam di Masjidil Haram. Betapa indahnya berpuasa di bumi Mekah. Semoga dikurniakan Allah untuk hadir kesini lagi di bulan Ramadhan. Makanan memang banyak, hanya bukan mengikut selera kita. Minuman, yogurt, khurma termasuk yang fresh sentiasa dihulurkan sambil disebut perkataan sabil sepanjang laluan ke Masjidil Haram. Ada hidangan untuk berbuka di dataran diluar Masjidil Haram. Ada juga yang menghulurkan wang. Hari tu seorang Sheikh menghulurkan saudi Riyal 50 sambil berlalu melintasi kami. Nasi Arab daging unta sentiasa diagihkan dari sebuah trak membawa makanan. Pada tahun 1994 belum lagi ada smart phone. Kamera pula tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam Masjid. Sebab takada gambar Masjidil Haram. Malah untuk mengambil gambar Masjidil Haram dari luar pun saya rasa tak senang bila ada larangan mengambil gambar.
13 Februari 1994.. kami mengucapkan Selamat Tinggal dengan mengerjakan Tawaf wida' dan berdoa agar kami dijemput lagi kesini. Setelah check in hotel di Jeddah kami menaiki telsi untuk bersiar2 sekitar Bandar Jeddah. Hasrat untuk menziarahi Maqam Siti Hawa tidak kesampaian kerana gate berkunci. Kami kemudiaanya ke tepi Laut Merah. Shopping ala kadar. Saya memang nak cari satu hand luggage. Malam tu berbuka puasa di foodcourt. Dan besoknya pada pukul 6.00 pagi kami ke Airport. Flight 8.00 pagi ke Amman Jordan.

Catatan perjalanan 10: UMRAH Dan ZIARAH 1994.. bahagian 2.
(Nota: segala tulisan mengenai perjalanan Umrah dan Ziarah ni langsung dari memori dengan hanya bantuan album gambar. Kemungkinan ada kesilapan fakta contohnya kronologi kejadian atau jangkamasa. Mohon jika berlaku kesilapan...along Hamzah Zain dan Ruhayah Che Nik mungkin boleh bantu buat pembetulan jika berlaku kesilapan atau tambahan nota kiranya kurang jelas)
Dari Jeddah kami menaiki jeep/mpv ke Makkah. Niat ihram telah dibuat dalam penerbangan rasanya sejurus sebelum pendaratan di Jeddah. Kami bertemu dengan Haji Mat sepupu abang Taib Azamuddin, pemastautin tetap di Mekah yang telah membantu mencarikan apartment untuk disewa sepanjang kami di Mekah. Pagi tu kami terus ke Masjidil haram untuk mengerjakan tawaf. Waktu tu rasa berdebar2 juga untuk melihat Kaabah didepan mata buat kali pertama. Arwah Pakcik Khai menjadi prmbimbing kami. Sebaik masuk ke Masjidil Haram dan pakcik Khai menunjukkan arah kaabah. Saya terpegun dan tanpa disedari mengalirkan air mata. Perasaan ini sukar untuk digambarkan dengan perasaan. Saya tak ingat samada kami mengerjakan tahiyatul masjid waktu itu atau terus bertawaf. Yang pasti kami menyelesaikan umrah 1 pagi tu, tawaf , saie dan seterusnya bertahalul. Kemudian kami sekali lagi tawaf sunat sebab nak cuba dekati Hajar Aswad. Jemaah waktu tu tidak terlalu ramai. Dengan izin Allah saya berjaya untuk mengucup Hajar Aswad kali pertama dan terakhir sepanjang umrah. Syukur Alhamdulillah. Juga dapat solat sunat dalam kawasan Hijir Ismael. Waktu tawaf masa terasa sangat singkat kerana pusingan agak kecil. Walaupun ada Buku panduan umrah dan haji ditangan saya ia tidak dapat membantu untuk menyempurnakan doa untuk setiap pusingan dalam Bahasa Arab. Akhirnya ambil keputusan membaca doa dalam Bahasa Melayu. Tengahari tu kami ke Miqat Tana'im untuk berniat ihram umrah 2. Perjalanan dengan bas ambil masa lebih kurang 30 minit kot. Waktu tu tahun 1994 stesen bas ni tak jauh dari Masjidil Haram. Sebab tu sewaktu di Mekah kita boleh mengerjakan 2 hingga 3 kali sehari.Katanya sekarang ni stesen bas tu dah takada. Begitu juga dengan bangunan apartment yang kami sewa yang terletak hanya 5 minit perjalanan ke Masjidil Haram melintasi satu pasar basah kecil tempat mendapatkan sayur dan lain2 untuk memasak. Ada stall kecil menjual roti, ayam golek, ice-cream disepanjang jalan tak jauh dari masjid.
Keesokan hari nya sebelum ke Tana'im kami ke Tanah Perkuburan Baqi' dengan menaiki bas. Wanita tidak dibenarkan masuk. Jadi kami melihat dari jalanraya.
Hari ke3: Kami ke Padang Arafah, dan menaiki Jabal Rahmah. Mengambil kesempatan solat sunat disini kerana kawasan agak lengang. Waktu ni padang Arafah telah dipenuhi pokok menghijau sedangkan dulu mengikut kata emak semasa dia datang untuk mengerjakan haji tahun 1982 padang pasir kosong tanpa pokok. Kami juga meninjau Jabal Thur dimana terletaknya gua Thur tempat dimana Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar rh bersembunyi dalam peristiwa Hijrah. Ia menyedarkan kita betapa sukarnya perjalanan Rasulullah SAW menghadapi perjalanan jauh mendaki dan menuruni bukit dalam keadaan gelap.
Hari ke 4 di Mekah, setelah mengerjakan Ibadah Umrah, kami ke Jabal Nur.Tujuan utama mendaki dan solat sunat dalam Gua Hira' di mana Rasulullah SAW menerima wahyu pertama. Pendakian mengambil masa lebih kurang 40 minit. Di kiri kanan laluan selang beberapa meter satu lokasi ada pengemis dengan anak2 kecil.comel2. Rasa macam nak bawa balik. Mereka ni Kurdish kot. Perjalanan ini sangat bermakna menyelusuri laluan yang Rasulullah gunakan untuk turun naik ke Jabal Nur untuk bertahanuth. Sesampai dipuncak Jabal Nur kita perlu turun sedikit dilereng yang agak curam dan mencelah masuk melalui laluan sempit yang hanya boleh dilalui oleh hanya seorang pada satu2 masa. Waktu kami sampai ada beberapa jemaah lain termasuk sepasang suami isteri dari maghribi yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Sempat jugalah menunaikan solat sunat disitu.

Catatan Perjalanan 10 :UMRAH DAN ZIARAH 1994.
Jam 12.10 a.m flight RJ189 baru saja terbang meninggalkan lapangan terbang subang. Emak, along, abang fakhri, mak cik, mak su, Pakcik Khai, Ruhayah dan saya antara penumpang yang berada dalam perut kapal terbang dan destinasi kami ialah Amman, Jordan. Bumi Malaysia akan kami tinggalkan buat sementara. Perjalanan kali ini jelas berbeza. Pertama saya bersama emak dan kaum keluarga. Kedua perjalanan ini untuk menjadi tetamu Allah dibumi penuh barakah. Sewaktu dalam penerbangan pun hati seolah-olah terasa sangat dekat dengan yang Maha Esa. Allah ya Allah, akhirnya impian mengunjungi rumah Mu hampir pasti tertunai .
Kami tiba di Amman keesokan harinya nya lebih kurang pukul 5.00 pagi waktu tempatan. Fahmi, sepupu yang sedang meyambung pengajian di Jordan telah sedia menunggu kami. Kami akan transit di Amman sehingga pukul 8.00 malam. Pagi tu setelah solat subuh dan sarapan di hotel, kami dibawa bersiar-siar di bandar Amman. Sebab musim sejuk belum berakhir suhu disekitar 5'C. Tempat pertama yang menjadi tumpuan kami ialah gua Ashabul khaffi atau caves of the seven sleepers. Gua ini terletak kira2 45 minit perjalanan dari bandar Amman. Dihadapan gua ada satu mataair. Cuba rasa dan basuh muka sikit dengan air tu. Dalam gua ada artifak tinggalan pemuda 2 khaffi ni termasuk tengkorak seekor anjing. Seusai disini kami dibawa melawat kampus universiti Amman. Tak boleh berada lama diluar suhu 5'C benar2 mencabar. Semua dah kesejukan. Fahmi membawa kami kerumah sewanya dan. Heater dipasang . Tambah lagi selimut tebal kami. berehat dan menunggu masa untuk ke lapangan terbang Queen Alia. Pukul 8.30 malam kami berlepas dengan penerbangan RJ700. Penerbangan dari Amman ke Jeddah ambil masa 2 jam je.Proses clearance passport Di lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah ni memang mencabar iman. Waktu kami sampai suasana agak sibuk. Ada barisan panjang untuk melepasi immigresen. Ada pula arahan tukar barisan dan sebagainya. Tak ingat jangka masa yang tepat diambil untuk ini tapi yang pastinya lama dan kami keletihan. Sehingga maksu tertidur sambil berdiri. Hal ini jadi modal untuk mengusik maksu.

Kisah ku 4 : Sahabat Pena.
Di awal2 tahun 1970an rasanya memang menjadi trend pelajar2 sekolah mempunyai sahabat pena. Zaman ni rancangan Tv tak banyak dan kurang menarik. Yang menarik pun rasanya cerita Samurai dan filem Melayu. Majalah yang ada ialah Majalah Dewan, Dandy, Beano, Dian/ Mastika. Masa tu memang minat membaca buku Enid Blyton terutama the Malory Towers series, cerita mengenai pelajar2 perempuan disekolah berasrama. Ini menyebabkan saya berminat untuk mempunyai sahabat2 yang real di England dan negara Mat Salleh lain. Akhirnya pada tahun 1973 semasa di Tingkatan satu dapatlah berkenalan dengan Maureen Johnson dari Lake Distric England. Joy Cable dari Hamilton New Zealand, Nerissa dari Phillippines. Seon Hwan Oh dari Korea. Suka sangat2 bila dapat surat dari mereka. Waktu tu sambil menulis berlatih menggunakan Bahasa Inggeris dan saya dapat meningkatkan peguasaan Bahasa Inggeris kerananya selain minat membaca. Maureen walaupun kadang2 tidak bertegursapa selama satu atau dua tahun tapi masih lagi berhubungan sehingga kini. Kini melalui facebook. Joy, Nerissa dan Seon Hwan Oh terputus hubungan sejak habis SPM. Pada tahun 1984 melalui IPF saya mengenali Tineke, Nigel, Peter @ Syafiq, Marie dan beberapa orang lagi. Tineke menjadi rakan baik sehingga kini. Nigel walau jarang2 berutus surat masih menjadi rakan sehingga dia meninggal tahun lepas. Marie pernah datang kerumah di Lenggong pada tahun 1988. Bersahabat on and off sehingga 1996. Lynn Hurton seorang guru di Lincoln England terputus hubungan 1996. Peter tinggal di Melbourne, Australia telah memeluk Islam berkahwin dengan Firdausiah dari Melaka. .Masih menjadi friends di facebook. Peter Scudds dari Sydney terputus hubungan tahun 1992. Masa tu dia sedang berjinak dengan Islam, selalu mengunjungi Pusat Islam di Sydney. Moga2 telah menjadi saudara se Islam kita. Banyak yang saya pelajari dari interaksi dengan sahabat2 ini. Lebih mengenali pandangan orang luar terhadap kita dan menjadi duta kecil mengenalkan orang Melayu Islam.

Catatan Perjalanan 11: Bahagian 6 : Granada, Sepanyol.
31.5.1995..Kami menaiki keretapi malam dari Salamanca ke Granada. Granada terletak diWilayah Andalusia di Selatan Sepanyol, oleh itu perjalanan dengan keretapi mengambil masa yang agak panjang, 8 jam. Seakan-akan perjalanan Ekspress Rakyat, Kuala Lumpur - Butterworth. Saya memang sangat teruja untuk melawat Granada. Nostalgia belajar Sejarah Kerajaan Umaiyah Sepanyol untuk STPM. dan melihat gambar Al-Hambra dalam buku teks Sejarah. Pemandangan cantik ladang atau meadows diluar jendela masih boleh dilihat diawal perjalanan. Saya akhirnya mengambil peluang berehat dan sedar pada jam 6 pagi sewaktu keretapi telah mula menghampiri stesyen keretapi Granada. Seperti biasa kami mencari kaunter untuk menempah bilik hotel. Dah lupa nama hotel dan kawasannya. Tapi ia terletak tak jauh dari kawasan yang menjadi tarikan pelancong dan kami biasanya akan melintasi kawasan sungai kecil dengan tembok atau jambatan lama. Tengahari kami mencari tempat untuk lunch sambil tu ke Tourist office untuk mendapatkan info tempat2 menarik di Granada. Tourist office ni terletak disatu bangunan lama dikenali sebagai The old Arab House yang dibina pada abad ke 10. Kami akhirnya lunch disatu cafe mengadap satu dataran yang suasananya seakan2 kita berada di negara Arab dengan pokok2 khurma tapi saya tak ingat nama dataran ini. Granada ni keadaannya agak tenang dan aman. Kami juga tak berkejar-kejar nak kemana2 kerana tujuan utama untuk ke Alhambra. Sepatutnya kena cuba ke Cordova dan Seville. Masa agak banyak terbuang di Granada.
2.6.1995...Sekali lagi kami hanya bersiar2 sekitar kota Granada berlegar2 disekitar tempat yang disebut sebagai Artesan Street. Ada ramai penghibur jalanan. Kalau nak shopping cenderamata. Banyak kat sini. Saya beli satu tablecloth kait. Kami juga membeli beberapa keping poskad. Tineke dan saya memang suka menulis poskad apabila travel mana2. Satu cara mendokumentasikan perjalanan/ peristiwa. Ada cop tarikh dan tempat lagi. Tapi masalah di Granada ni nak cari post office. Orang Sepanyol tak ramai boleh berbahasa Inggeris. Ada yang guna sign language. Kami berjumpa dengan seorang datok dan cucunya. Datok tu beria2 offer supaya cucu dia boleh jadi tourist guide untuk kami. Sedangkan mereka langsung tak boleh berbahasa Inggeris. Di tolak dengan baik.
3.6.1995. Hari ni pagi2 lagi kami menaiki teksi untuk ke Bukit La Sabica untuk melawat AlHambra. Alhambra merupakan sebuah kompleks istana. Kubu pertahanan Dinasti nasrid. Senibina Arab, Moorish, Hispanis dari abad ke 9-14. Memang ada rasa sebak apabila melihat sisa2 tinggalan sebuah kerajaan Agung yang menjangkau 700 tahun. Sedih mengenangkan bagaimana Dinasti hebat ini boleh jatuh. Yang pasti Sultan2 di Zaman kejatuhan telah terlalu terpesona dengan kemewahan keduniaan dan bercakaran sesama sendiri. Alhambra juga merupakan satu tapak warisan dunia UNESCO. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian : Istana- The Mexuar and Golden Room, Colmares Palace, Barca Room, the Lions Palace. Tamannya juga terdiri daripada beberapa bahagian. Taman ni mewakili perasaan rindu pada syurga dengan komponen utamanya air. Air sebagai sumber kehidupan, penyucian dan kesinambungan kehidupan.
Tengahari kami ke Bukit Albaicin. Dari sini dapat dilihat pandangan indah Kota Granada dan Alhambra yang tersergam indah. Bukit ini merupakan kubu terakhir orang2 Islam. Rumah2 disini kelihatan unik dengan balkoni yang dihias indah dengan bunga2. Dipintu2 rumah2 disini masih boleh dilihat ayat2 alquran. Jalan2 disini sempit dan berliku2. Saya sempat melihat satu site dimana sebuah masjid besar akan dibina. Kini rasanya masjid tu dah pasti telah siap dibina .
Malam 3.5.1995 kami kestesyen keretapi Avenida de Andaluces menaiki keretapi RENFE menuju Barcelona. Perjalanan mengambil masa sekitar 8 jam. Dekorasi dinding dalam stesyen keretapi juga mengambarkan tinggalan Islam... hiasan mozek dengan corak geometri...Selamat Tinggal Granada ...Saya pasti akan datang lagi..
.bila?.....em..............

Catatan Perjalanan 11: Bahagian 5: Salamanca..
30.5.1995. Sampai di Salamanca tengahari. Check-in hotel kemudian berjalan sekitar Kota Salamanca sambil membiasakan diri dengan peta. Salamanca merupakan sebuah tapak Warisan Dunia. Ada banyak bangunan2 bersejarah yang unik gaya Gothic, Renaisans dan Baroque. Ada tinggalan Roman jugak. Tempat pertama yang kami lawati ialah University of Salamanca, universiti tertua di Sepanyol didirikan pada tahun 1218. Waktu kami sampai disitu rasanya cuti semester kot. Tak nampak kelibat pelajar. Kawasan yang dilawati merupakan kawasan yang kini tidak digunakan lagi untuk kuliah merupakan sebahagian dari Muzeum. Dewan kuliah kecil tapi kelihatan tegap. Perabot dan silingnya diperbuat daripada kayu. Ada ukiran menarik. Begitu juga pada staircase. Duduk di bangku pelajar dapat bayangkan bagaimana pelajar2 kurun ke 13 menerima kuliah. Seterusnya kami meninjau Roman Bridge yang melintasi Rio/Sungai Tormes. Berhampiran bridge ni ada satu poppy field. Yang pertama pernah dilihat depan mata, cantiknya. Masa zaman sekolah baca poems mengenai daisies, daffodils dan poppys. Kami boleh duduk berjam2 disini menyedut udara bersih dan melihat pandangan indah. Disini juga ada banyak pokok lavendar.
31.5.1995... Kami melawat Casa de Las conchas, dibina tahun 1493. Satu bangunan unik, gothic style dengan ada lebih daripada 300 kulit kerang di dinding. Ada library disini. Seterusnya kami ke Plaza Mayor yang sangat hidup dengan pelbagai aktiviti, cafes. Sama seperti di Madrid, Plaza Mayor ni menjadi tempat bersantai utama. Pada waktu malam kawasan diterangi dengan cahaya lampu. Plaza ini sebenarnya mempunyai fungsi yang pelbagai pada masa awal dibina pada tahun 1729. Ia menjadi tempat laga lembu, tempat pertemuan, ada pertunjukan seniman jalanan , band performance dll.

Catatan Perjalanan 11: Bahagian 4 Sepanyol- Madrid
26.5.1995. Menaiki keretapi malam TGV paris- Madrid de Charles de Gulle station. Dalam satu cubicle/ bilik ada 4 tempat tidur. Selain saya dan Tineke, ada seorang pelancong dari Amerika yang agak peramah. Tapi sepanjang perjalanan waktu malam so apa yang boleh dibuat membaca dan tidur je lah. Dalam bilik ada wash basin untuk membasuh muka, untuk ke tandas kena jalan sikit kehujung coach. Sampai awal pagi 27.5.1995. Kami terus mencari kaunter untuk tempahan bilik hotel. Dapat sebuah hotel yang agak selesa berada di Puerta del Sol. Tempat ni tak jauh dari beberapa tempat tarikan Pelancong seperti Plaza Mayor dan Retero Park. Berehat sebentar kemudian kami keluar untuk bersiar-siar melihat Bandaraya Madrid yang mempunyai populasi 3.2 juta kelihatan agak tenang, dan ada banyak taman-taman untuk bersantai. Rasanya tidak sukar untuk bergerak kemana2 menggunakan peta. Untuk sesiapa yang minat shopping barangan kulit, handbag dan kasut pasti gembira berada disini, Perkataan Zapatos...kasut berada disetiap penjuru. Banyaknya kedai kasut.
Tengahari.. kami ke Palacio Real (Royal Palace). Nasib tak baik, Istana ditutup, tak boleh masuk. Kami seterusnya ke the Prado. Ada beberapa bahagian menempatkan karya2 pelukis terkenal seperti Goya, El Greco, Velazquez. Sewaktu sedang makan tengahari di Restoran disini dan melihat saya meneliti menu untuk mencari makanan 'halal', waiter memperkenalkan diri sebagai seorang Muslim dari Maghribi. Namanya saya lupa. Tapi dia menyebut 'You know King Hassan, Morocco' .Dia sangat bangga dengan Rajanya. Kami seterusnya ke Retiro Park yang terletak tidak jauh dari Museum Prado. Ada seakan 2 'uptown' kecil. Saya tertarik dan akhirnya membeli sehelai skirt labuh. Waktu malam kami ke Plaza Mayor bersantai menonton pemuzik jalanan.
28.5.1995. Pagi ni menaiki bas ke satu Theme Park. Tak ingat nama theme Park. Yang pasti ada satu roller coaster besar dan satu Ferris wheel yang sangat besar dan tinggi, boleh nampak pemandangan separuh Bandar Madrid. Kami juga menjengok Plaza De Espana. Ada monumen Cervantes dengan watak ciptaannya Don Quixote.
Malam, kami booking satu tour menonton tarian tradisional terutama Tarian Flamenco. Kami dibawa dengan bas mengelilingi Bandaraya, melintasi Stadium Real Madrid dan akhirnya ke kelab Florida Park. Muzik dan Tarian Flamenco sangat menarik, seakan2 muzik Arab.
29.5.1995....Day trip ke Toledo. Ada kesan tinggalan pemerintahan Islam. Malangnya sekali lagi kami gagal untuk masuk melihat sebuah gereja yang bertukar fungsi beberapa kali. Dari gereja ke Masjid tukar jadi gereja semula. Disini juga ada aktiviti senikraf terutama the Damascus gold jewellery. Sempat juga capai satu urat rantai tangan.
Di Madrid ni kami menyaksikan dua kejadian mencuri/ meragut/pencopet. Kejadian pertama dalam keretapi. Mangsa satu keluarga pelancong dari Amerika. Mereka berdiri hampir dengan pintu masuk. Sewaktu keretapi menghampiri stesen tiba2 seorang lelaki menjatuhkan dua keping duit siling. Lelaki Amerika membongkok untuk mengambil wang siling. Waktu sama pintu terbuka. Tiba2 lelaki Amerika itu menyatakan walletnya telah dicuri. Pintu keretapi telah tertutup dan dua lelaki telah menghilangkan diri.
Kes 2 di Retiro Park. Saya dan Tineke sedang duduk di satu bangku. Tiba2 ternampak seorang lelaki membongkok dan tiba2 ada handbag wanita ditangannya yang segera disembunyikan dalam jaket. Lelaki tu dan temannya bergerak melintasi tempat kami duduk. Tineke segera membangunkan dua perempuan yang sedang tidur sementara saya memerhati pergerakan dua lelaki tersebut yang segera ke jalan keluar dari taman. Apa yang dapat dibuat repot polis jelah.
30.5.1995... Kami tinggalkan Madrid pagi ni menaiki keretapi ke salamanca, satu lagi Bandar lama.

Catatan Perjalanan 11: Bahagian 3 : Paris..day 3, 4,5.
24 Mei 1995. Hari ni kami akan menghabiskan masa satu hari berseronok di Disney Euro @ Disneyland Paris. Walaupun sebenarnya dah melepasi masa kanak2 @remaja hampir 20 tahun tapi hati ini sukar untuk mengelakkan diri daripada terujamerasa pengalaman menaiki rollercoaster atau melihat character2 Disney, cerita2 fairy tale seperti Cinderella atau cerita klasik , Huckleberry Finn atau filem Psycho and Lady in White, Pirates of the Carribean, Indiana Jones dan lain-lain. Kami sampai awal 8.30 pagi, setengah jam sebelum gate dibuka. Waktu tu dah ramai pengunjung berada didepan gate bersedia untuk menyerbu tempat tumpuan utama. Tineke pernah datang ke sini dua tahun sebelum (1993) jadi dia mencadangkan beberapa tempat yang kami akan tuju dulu untuk memastikan tidak terlepas ride2 yang menarik kerana menurutnya que untuk satu2 ride utama mengambil masa melebihi 40 minit kadang2 menjangkau sehingga 1 jam. Memang benar seperti dikata.
Tempat pertama yang kami tuju ialah Frontierland dan ride pertama Phantom Manor, rumah hantu yang dibina menyerupai rumah dalam filem Psycho siap dengan sebatang pokok mati yang kelihatan sangat menyeramkan. Menaiki coach2 keretapi kecil, 2 orang satu coach ada kejutan seperti gargoys mendarat atas bumbung dengan sound effect menyeramkan. Melintasi satu scene dari cerita Lady in White. Ada kejutan dan scene lain tapi dah pudar dari memori. Kami kemudiaannya menuju ke Adventureland, menaiki ride Le Temple du Peril, scene seperti dalam filem Indiana Jones. Roller Coaster berpusing 360' sewaktu berada dalam terowong lombong arang batu dalam gunung dan lintasan tapak archeologi.
Dari sini ke satu lagi tarikan di Disneyland iaitu Pirates of the Carribean, bersedia untuk basah sedikit je percikan air. Kemudian untuk bersantai sambil mengenang zaman kanak2 kami ke It's a Small World. Setelah itu ke Future World dimana ada 3d show. Dr. Oz lakonan Michael Jackson.
Hari 4 : 25 Mei 1995. Kami ke Versailles, juga satu one day trip. Versailles terletak 23km dari city centre. Kena jalan sikit dari stesen keretapi lebih kurang 500m kot. Nasib kurang baik hujan renyai2 mahu tak mahu beli le satu baju hujan Ponco bertulis Paris so jadi souvenir ok le jugak. Walaubagaimanapun hujan berhenti sebaik sampai ke Chateau de Versaillers dibina oleh King Louis XIV. Diistana inilah akhirnya King Louis dan isterinya Marie Antoinette ditangkap dan diheret balik ke Paris oleh perusuh semasa Revolusi Perancis. Tourist Guide membawa kita melawat ke kawasan kediaman/ Bilik 2 di Raja. Sangat mewah. Tak hairan lah bila rakyat yang kelaparan bangun memberontak. Taman Istana ni juga sangat luas dan keindahan sukar digambarkan dengan kata2.
Hari 5: 26 Mei 1995. Hari ni kami menghabiskan masa di the Louve. Sebelum tu check out dari hotel sebab akan berlepas ke Madrid, Sepanyol dengan keretapi malam. Tinggalkan bagasi di Stesen keretapi dan kemudian ke the Louvre, Museum terbesar di dunia masa tu tak pasti samada masih memegang rekod ni. Bangunan ni asalnya sebuah istana kurun ke 13. Sebaik saja masuk kelihatan pengunjung2 bergerak mengikut signposts ke 2 tarikan utama iaitu Venus de Milo dan Mona Lisa. Setelah jumpa dua karya ni baru bersantai melihat karya2 lain. Dalam galeri2 tersebut terlihat juga pelukis2 sedang melukis semula replika lukisan2 yang terkenal dan dianggap mengkagumkan.....

Catatan Perjalanan 11. Bahagian 2 : Paris.
Bangun 4.30 pagi. Naik bas pukul 5.30 ke Rotterdam Airport untuk flight pukul 8.10 dengan KLM City hopper ke Paris. Penerbangan mengambil masa 1 jam. Sampai de Charles De Gaulle Airport, kami menaiki underground train ke Le-Sampaix. Check in hotel dan mengambil peluang untuk berehat selama 3 jam sambil menyusun perancangan/itenarary. Kali ni bilik hotel telah ditempah awal oleh Tineke. Kami akan berada di sini selama 5 hari 4 malam. Saya tidak perlu membayar kos bilik hotel ni kerana Tineke menjadikannya sebagai hadiah harijadi. Thank you so much Tineke.
Sebelah petang melawat Saint-Chapelle, gereja terbesar di Paris yang telah dibina pada tahun 1246. Yang paling menarik disini ialah the beatifully painted glass panels. Kemudian kami ke Notre Dame Cathedral yang dibina pada kurun ke 12 Ile de Cite dimana Paris diasaskan. Kami memanjat menara untuk melihat ' Bourdon loceng 16 ton yang dijaga oleh Quasimodo, the Hunchback. Dari atas menara dapat dilihat pemandangan Bandar. Ukiran berasaskan Gothic Art disini memang unik. Ini yang menjadikan Notre Dame ini sebagai tarikan utama Paris. Seterusnya kami berjalan melintasi Jardin des Tuileries atau Taman2 yang pokok dan bunga2an tersusun indah. Seterusnya ke Pampidou Centre yang diilhamkan oleh Presiden Pampidou dibina pada tahun 1972-1976, satu bangunan futuristik digunakan untuk kegiatan keseniaan dan kebudayaan.
Sebenarnya bandar Paris ni terbahagi kepada 2 buah buah pulau yang berada ditengah2 sg. Seine. Lebihkurang macam Putrajaya. Sebab tu ada banyak jambatan. Antaranya Jambatan Pont Alexander yang menjadi ilham pembinaan Jambatan Seri Gemilang Putrajaya. Begitu juga Boulevard Champ Elysess yang menjadi ilham pembinaan Lebuh Perdana atau Putrajaya Boulevard. Namun Putrajaya telah dibentuk dengan acuan tersendiri.
Seperti Bandar2 utama Eropah lain tidak sukar untuk bergerak kemana2 disini kerana sistem keretapi, tube metro dan intercity nya sangat efficient tapi pada masa tertentu agak sesak. Saya pernah terpisah daripada Tineke kerana pintu tertutup sebaik dia naik. Nasib kami dah bincang kemana nak pegi. Masa ni belum ada mobile phone. Lebih kurang 8 minit lepas tu satu keretapi lain dah muncul. Distesen yang dijanjikan Tineke ada menanti disitu.
Destinasi seterusnya Montmarte. Disini ada banyak stalls yang menjual banyak souvenirs dan lukisan. Pelukis jalanan ramai di sini. Mereka menawarkan melukis potret kita dengan harga yang agak berpatutan. Duduk bersantai disini agak lama melihat view indah Bandar Paris dan bangunan Basilica of Sacre coeur yang berwarna putih konsep Byzantine. Polis Perancis berkelian mencari peniaga haram dari Afrika yang ramai disini. Dapat dilihat depan mata bagaimana penjaja ni segera mengemas barang dan lari apabila polis datang. Pernah juga berlaku satu insiden dalam tube, lupa stesen mana polis tidak benarkan penumpang keluar dari tube dan stesen unuk lebih kurang 10 minit kerana mereka sedang mengesan seseorang @ sesuatu.
23 Mei 1995. 8.20 pagi. Menaiki Metro ke Place Charles de Gauille- Etoile untuk melawat Arch De Triomphe - tugu yang dibina pada tahun 1836 untuk meraikan kemenangan Napoleon kemudian berjalan sepanjang Champs-Elyssees yang famous dengan smart and luxury shops. Pandang dari luar je. Saya dan Tineke bukan kaki shopping. Lagipun takda duit pun. Kami singgah di Place de la Concorde satu dataran dimana pada 17 Januari 1793. King Louis XV dan isterinya Marie Antoinette telah di Guillotined. Disini juga terdapat tiang obeliks yang telah dibawa dari Tomb of Ramses II, Luxor berusia 3000 tahun. Didirikan semula disini tahun 1836.
Pukul 1.30 p.m menaiki Batteaux Mouchs boat tour on River Seine. Tour berlangsung selama 1 jam 15 minit. Puas le juga melihat pemandangan Paris dari sungai. Yang paling menarik ialah jambatan2 seperti Bir-Hakiem, Pont Neuf, Pont Alexander yang menjadi ilham pembinaan Jambatan Gemilang Putrajaya. Seterusnya mrlawat hotel des Invalides, asalnya dibina menempatkan disabled soldiers kini menjadi Museum dan terdapat Tombs of Napoleon mengimbau kenangan belajar mengenai Napoleon disekolah dan universiti. Seterusnya kami melawat menara Eifel. Naik lif ke puncak menara untuk melihat pemandanga 360' Paris.

Catatan Perjalanan 11: Kenangan Rotterdam, Paris, Sepanyol.
20 Mei 1995.
Dari Terminal 2, Subang airport, saya menaiki flight SQ119, Singapore Airlines akan berlepas pada jam 9.40 malam. Transit selama 1 jam 50 minit di Changi Airport. Terima kasih my lovely cousin Ruhayah Che Nik dan Rustam Iskandar yang hantar dan menunggu hingga saya dipanggil masuk. Flight ni singgah di Zurich Airport selama 1 jam. Sampai di Amsterdam , Schiphol Airport pukul 9.20 pagi, waktu tempatan . Cuaca agak sejuk suhu 9'C.
Sewaktu keluar dari Balai Ketibaan, saya mencari Tineke kerana menjangkakan dia akan menjemput saya disitu. Zaman tu masih belum ada mobile phone jadi sukar untuk berhubung. Setelah menunggu selama 40 minit saya mengambil keputusan untuk menaiki keretapi Intercity ke Rotterdam Central. Di Belanda waktu tu ada 4 jenis public Transport utama Keretapi Ekspress Intercity. Metro line macam LRT di KL, Bas dan Tram. Saya tak pernah naik teksi di Belanda. Dalam keretapi ada seorang lelaki dari Surinam, Afrika yang bekerja di Rotterdam menegur saya kerana ingin tahu saya datang dari mana. Rasanya dia beragama Islam.
Sebaik sampai di Stesen Keretapi Rotterdam Central saya lega melihat kelibat Tineke dan ibunya. Mereka telah menunggu hampir sejam. Sebenarnya Tineke telah menghantar mesej mengatakan dia akan menunggu di Rotterdam dan bukan di Amsterdam. Tapi poskad mengandungi mesej tersebut sampai sehari selepas saya berlepas.
Pada pukul 4.00 petang setelah berehat selama 3 jam, Tineke membawa saya sekitar Ridderkerk mengimbau kenangan lawatan kesini 3 tahun lalu. Kali ni saya dapat melihat dan memahami dyke tapi tertanya2 pula bagaimana boleh berlaku cerita seorang kanak2 lelaki yang menyelamatkan sebuah bandar di Belanda dengan hanya menggunakan jari. Kerana disini Dyke ialah satu tembok tanah yang lebar sehingga boleh dibina jalanraya diatasnya. Dapat melawat sebuah rumah ladang dan melihat proses memerah susu lembu. Pemandangan sangat permai dengan bunga berwarna warni.
Jam 6.00 petang kerumah ibu Tineke untuk mskan malam. Hadir sama Jan Baars, abang Tineke. Ibu saudara dan sepupu Tineke juga datang sebentar sambil dalam perjalanan ke Bandar. Seperti 3 tahun lepas ibu Yineke memasak vegetarian dinner untuk saya.selain salad dan buah-buahan.

Subscribe to:
Posts (Atom)